Baru-baru ini penulis berkesempatan melihat beberapa rekaan fesyen jenama Bianco Mimosa yang bakal dilancarkan sebagai koleksi Hari Raya 2015.
Sebagai seorang lelaki pun, penulis rasa ia memang menarik dan cantik…apatah lagi di mata wanita kan.
Fabrik yang digunakan berserta corak rekaan memang mengujakan.
Bukan seorang penulis fesyen, jadi penulis memang tidak dapat hendak zahirkan dengan jelas selain boleh kata ia memang cantik.
Dalam hati ketika itu terdetik, siapa yang pakai memang akan menjadi perhatian.
Rakan penulis siap hendak beli untuk isteri dia masa tu jugak sedangkan koleksi belum lagi dilancar.
Bagi yang celik fesyen, mereka mengenali Bianco Mimosa sebagai fesyen yang elit.
Namun, untuk tahun ini, perekanya, Datuk Ida Suraya Mustapha memberitahu Mynewshub, harga yang ditawarkan amat berpatutan dan rendah yang akan membolehkan lebih ramai anggota masyarakat mendekati dan memiliki koleksi Bianco Mimosa.
Bagi beliau, kini masanya ciptaan Bianco Mimosa sampai kepada semua lapisan peminat.
Rekaan beliau yang nyata dari hati pasti memukau sesiapa sahaja.
Untuk rencana pengenalan ini, penulis tidak bercadang untuk menulis panjang lebar…
Cuma penulis berharap…anda semua bersedia untuk Wow dengan rekaan terbaik dari Bianco Mimosa yang bakal menjadi sebutan tahun ini…
Cun…memang cun…
(Kami akan menyiarkan rangkaian rencana dan gambar-gambar serta video yang berkaitan dalam beberapa hari akan datang…nantikanlah koleksi fesyen yang bakal menjadi sebutan)
https://www.youtube.com/watch?v=6Iq1hsnZpCM&feature=youtu.be



