• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

oleh Mohd Arshad
20/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan wang cagaran RM1,000 oleh Mahkamah Khas Trafik di sini, pada Rabu atas pertuduhan menunggang secara berbahaya dan melulu sehingga mencederakan anggota polis trafik, Julai lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama lima tahun bagi kesalahan tersebut.

Hukuman berkenaan dijatuhkan terhadap remaja yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda itu susulan pengakuan bersalah yang dibuatnya pada 13 September lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR telah menunggang motosikal di jalan raya dengan melulu dan berbahaya kepada orang awam iaitu secara melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada anggota polis trafik.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi di Kilometer 36 arah Selatan Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas) di sini, pada 28 Julai lalu.

Berikutan itu, tertuduh yang merupakan pelajar Tingkatan Lima telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan jika sabit lesen memandu percubaan boleh dibatalkan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya M Pusppa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 28 Julai lalu, media melaporkan anggota polis trafik dan seorang remaja parah apabila kedua-dua motosikal dikatakan bertembung di Kilometer 36 arah Selatan, Lebuhraya Lekas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban itu sedang bertugas dalam Ops Samseng Jalanan apabila dikatakan dirempuh remaja berkenaan yang melawan arus.

SinarHarian-

Tags: bon berkelakuan baikbudak sekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas – Loke

Next Post

JPJ Cadang Wujudkan Notifikasi Maklum Tarikh Tamat Lesen – Anthony

Related Posts

Video: Pelajar Dibelasah Tak Ingat Dunia…

15/02/2025
0

KES buli seperti tiada penghujungnya, ada sahaja kejadian yang dilaporkan dan ia tidak mengira sama ada di dalam mahupun di...

Video: Lelaki Kunyit Tampar, Pukul Pelajar Perempuan

28/01/2018
0

SATU rakaman video memaparkan seorang lelaki 'kunyit' menampar bertubi-tubi seorang pelajar perempuan kini tersebar meluas di laman sosial. Menerusi klip...

Next Post
JPJ Cadang Wujudkan Notifikasi Maklum Tarikh Tamat Lesen – Anthony

JPJ Cadang Wujudkan Notifikasi Maklum Tarikh Tamat Lesen - Anthony

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd