• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Anak Bunuh ibu: Mangsa Dipercayai Ditumbuk Hingga Mati Supaya ‘Masuk Syurga’

oleh Mohd Arshad
12/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Kes Anak Bunuh ibu: Mangsa Dipercayai Ditumbuk Hingga Mati Supaya ‘Masuk Syurga’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Perselisihan faham mengenai isu agama dipercayai menjadi punca seorang lelaki tergamak membunuh ibunya sebelum mayatnya disumbat dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Suspek dipercayai menumbuk ibunya sehingga mati sebelum mayat warga emas itu dibalut dengan tuala dan kain kemudian disumbat dalam peti sejuk beku.

Sumber berkata, suspek mendakwa membunuh ibunya pada Mac 2021 sebelum menyembunyikan mayat ibunya dalam peti sejuk beku.

Selepas lebih tiga tahun, katanya, mayat mangsa ditemui selepas kediaman suspek diperiksa sepasukan polis yang menerima laporan perkara itu pada jam 9 pagi tadi.

“Mangsa dipercayai ditumbuk hingga mati sebelum dibalut dengan tuala dan plastik dan disorok dalam peti sejuk beku.

“Suspek yang berusia 50-an dipercayai membunuh ibu kandungnya yang berusia 80-an kerana mahu wanita itu ‘masuk syurga’.

“Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik,” kata sumber.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan kerana tidak sihat sebelum membongkar rahsia mengenai keberadaan mayat ibunya.

Susulan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek.

Kata sumber lagi, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan suspek turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Difahamkan, suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

-Berita Harian

Tags: Kes Anak Bunuh Ibu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd