• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suryani Menang Perak, Trio Wanita Dapat Gangsa Menembak

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet Olimpik negara, Nur Suryani Taibi berjaya memenangi pingat perak dalam acara menembak 50 meter rifle prone wanita di Sukan Asia di Incheon, pagi ini.

Bonus tambahan adalah pasukan negara turut memenangi gangsa dalam acara sama.

Ia dihasilkan oleh trio – Suryani, Nur Ayuni Farhana Halim dan Muslifah Zulkifli.

Dalam acara individu, Suryani meraih perak mengatasi penembak Korea Selatan, Eum Bit-Na walaupun kedua-dua merakamkan catatan sama 620.6. Tapi, penembak veteran negara diumumkan pemenang tempat kedua berpandu kepada keputusan baik pada siri terakhir dengan 103.5.

Pingat emas dimenangi ibu berusia 29 tahun dari Mongolia, Narantuya Chuluunbadrakh yang mencatat 624.1 mata – hanya empat sahaja di luar rekod dunia milik penembak Jerman, Beate Gauss pada kejohanan dunia di Sepanyol, bulan ini.

Dalam acara berpasukan, trio Malaysia menyudahkan cabaran memenangi gangsa dengan catatan keseluruhan 1853.6.

Emas dimenangi tuan rumah, Korea Selatan apabila gandingan Eum, Jeong Mi-Ra dan Na Yoon-Kyung berjaya mengumpul 855.5 dengan perak menjadi milik China, 1854.1.

Ini adalah dua pingat pertama untuk kontinjen negara dalam acara menembak sejak hari pertama kejohanan. – BH Online

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd