• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Tikam Dua Beranak Hingga Maut Direman 7 Hari

oleh Mohd Arshad
08/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Suspek Tikam Dua Beranak Hingga Maut Direman 7 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Suspek lelaki yang menikam dua beranak sehingga maut di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini tengah hari semalam direman tujuh hari.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake, berkata suspek direman mulai hari ini hingga 14 November (Khamis) depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 32 tahun yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) berada dalam keadaan stabil.

“Suspek masih hidup dan (dia) dalam keadaan stabil,” katanya hari ini.

Terdahulu media melaporkan Siti Zulaila, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62 maut akibat ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah tengah hari semalam.

Insiden serangan dipercayai berpunca suspek berang kerana mangsa wanita dikatakan telah menolak cinta suspek.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerjanya sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau dan menikam mangsa.

Bapa mangsa yang menyedari kejadian berkenaan cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anak perempuannya namun dia juga turut ditikam.

Dua beranak itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Suspek kemudian mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dikejarkan ke HPP untuk rawatan.

BHonline-

Tags: dua beranaksuspek tikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cinta Ditolak, Punca Dua Beranak Dibunuh

Cinta Ditolak, Punca Dua Beranak Dibunuh

11/11/2024
0

GEORGETOWN: Polis mengesahkan kejadian pembunuhan seorang wanita dan bapanya di Lengkok Angsana, Ayer Itam di sini, pada Khamis lalu berpunca...

Elak Kera Melintas, Dua Beranak Maut Kemalangan

Elak Kera Melintas, Dua Beranak Maut Kemalangan

01/09/2024
0

Baling: Dua beranak meninggal dunia selepas Toyota Vios dinaiki mereka terbabit kemalangan, dipercayai cuba mengelak kera melintas di Simpang Tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd