• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana Hadapi Monsun Timur Laut

oleh Mohd Arshad
05/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana Hadapi Monsun Timur Laut
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bilik Gerakan Bencana Kementerian Kerja Raya (KKR) diaktifkan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bermula 5 November 2024 hingga Mac 2025, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, melalui Bilik Gerakan Bencana itu, KKR berupaya untuk membuat pemantauan banjir, seterusnya mengatur gerak pasukan di peringkat daerah.

“Bilik Gerakan Bencana atau Big Ben lengkap dengan sistem dan alat-alat bantu kita untuk memantau banjir, seterusnya menggerakkan pasukan di peringkat daerah dan sebagainya. Kita dah ada sistem itu, sekarang kita dah gerakkan,” katanya.

Nanta berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Jalan Se-Malaysia kali ke-12 dan Kongres Jalan Asia Pasifik, Persekutuan Jalan Sedunia kali kelima di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan MTL atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 November dan berterusan hingga Mac tahun depan.

Dalam tempoh berkenaan, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Bagaimanapun, Mohd Hisham berkata sekiranya kejadian monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain.

Bernama-

Tags: bilik gerakanKKRmonsun timur laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Amaran hujan berterusan di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd