• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Didenda RM2,500 Kerana Menyebabkan Kematian Warga Emas Tanpa Niat

oleh Mohd Arshad
04/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Wanita Didenda RM2,500 Kerana Menyebabkan Kematian Warga Emas Tanpa Niat
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Seorang wanita didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat seorang lelaki warga emas di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Siti Nora Sharif turut menetapkan tertuduh, Siti Nuridah Jumli, 24, yang juga seorang peniaga dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Siti Nuridah bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kematian Abd Kamar Mat Sarin, 64, di hadapan pintu sebuah pasar raya di Klebang, dekat sini, antara jam 4.20 hingga 5.30 petang, 25 Oktober lalu.

Kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert Gnanarajan.

Berdasarkan fakta kes, Siti Nuridah bersama seorang lagi yang masih bebas bertindak gopoh menampar tepi muka dan belakang Abd Kamar sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa, dengan tidak mempunyai niat membunuh.

Laporan perubatan juga menunjukkan mangsa mempunyai masalah sakit jantung dan tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan polis mengklasifikasikan semula kes pembunuhan dengan niat terhadap warga emas itu kepada menyebabkan kematian tanpa niat.

Motif kejadian dipercayai berpunca akibat pergaduhan apabila mangsa dikatakan sering mengganggu suspek wanita untuk dipikat.

-Harian Metro

Tags: denda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd