• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Anjur Forum Zakat Dan Wakaf Dunia 2025

oleh AK-47
03/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Anjur Forum Zakat Dan Wakaf Dunia 2025
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Malaysia bersedia menjadi tuan rumah bagi Forum Zakat dan Wakaf Sedunia 2025 di Kuching, Sarawak, menandakan pencapaian penting dalam memajukan kewangan sosial Islam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata seiring kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, forum itu dijangka menjadi platform penting untuk menangani cabaran serantau dan meningkatkan kerjasama antara kerajaan.

Lokasi strategik di Kuching, berhampiran ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, turut membuka peluang memperkukuh kerjasama di seluruh rantau ini.

“Kuching sebagai pintu masuk ke Borneo, menawarkan suasana unik yang menggabungkan tradisi dan inovasi, sekali gus menampilkan pendekatan progresif Sarawak terhadap zakat dan wakaf,” katanya kepada BERNAMA.

Mohd Na’im menegaskan, forum itu berperanan penting sebagai organisasi global yang menyatukan pelbagai pihak berkepentingan berdedikasi terhadap prinsip zakat dan wakaf.

“Dengan bekerjasama bersama penggubal dasar, badan bukan kerajaan, ulama dan sektor swasta, kita dapat meningkatkan kesan forum ini serta menjadikan zakat dan wakaf sebagai elemen utama bagi pembangunan lestari dan perubahan sosial,” katanya.

Sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal zakat dan wakaf, Mohd Na’im akan mengarahkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia bekerjasama erat dengan forum itu.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan agenda dan tema dipilih mampu memberi impak positif dalam pentadbiran zakat dan wakaf, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global.

“Kami ingin memastikan wakaf menjadi sumber ekonomi yang signifikan dan masyarakat Muslim, baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa memahami kepentingannya setara dengan zakat.

“Ini penting bagi mempromosikan kebajikan, keadilan, dan belas kasihan terhadap golongan yang memerlukan,” katanya.

Mohd Na’im berada di Jakarta atas jemputan kerajaan Indonesia untuk menghadiri Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2024 selama dua hari yang berakhir semalam.

Forum berkenaan menghimpunkan wakil daripada 43 negara termasuk tokoh ulama, usahawan dan golongan belia. 

–BERNAMA

Tags: Forum Zakat Dan Wakaf 2025Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd