• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasiruddin Dan 21 Pengikut Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

oleh Mohd Arshad
23/10/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Nasiruddin Dan 21 Pengikut Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang
Share on FacebookShare on Twitter

Selayang: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pengikutnya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini. hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Selain Nasiruddin, 65, turut didakwa isterinya, Datin Azura Md Yusof, 57, dan seorang anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari, 32.

Pengikut lain yang didakwa Hasnan Abd Hamid, 53, Mohd Shukri Mohd Noor, 53, Mokhtar Tajuddin, 60, Shuhaimi Mohamed, 56, Muhammad Afdaluddin Latif, 34, Mohamad Sayuti Omar, 35, Mohd Fazil Md Jasin, 57, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 34, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 51, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 34, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 28.

Pengikut wanita lain yang didakwa ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 44, Mahani Kasim, 54, Siti Hajar Ismail, 51, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 27, Nurul Jannah Idris, 28, Nur Jannah Omar, 32, dan Siti Salmiah Ismail, 57.

Bagaimanapun, semua tertuduh hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan sembilan wanita itu kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di sebuah premis di Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Oleh itu mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.

Manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rosli Kamaruddin, Muhammad Zaim Rosli, M Hafiz Zainol Abidin dan Boestamam Ahmad.

Sementara itu, ketika prosiding berlangsung, salah seorang tertuduh wanita iaitu Siti Salmiah kedengaran terbatuk seperti menahan muntah menyebabkan mahkamah terganggu seketika sebelum ditenangkan rakannya yang lain.

Terdahulu, Rosli bertanyakan sama ada permohonan jaminan perlu dilakukan di mahkamah ini atau menunggu kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

“Pembelaan juga memohon supaya tertuduh yang tidak sihat diberikan rawatan segera dan 10 minit untuk bertemu Nasiruddin dan Azura serta dua yang lain bagi menandatangani afidavit,” katanya.

Mendengar perkara itu, Lailatul Zuraida kemudian menyatakan di peringkat ini tiada jaminan diberikan di mahkamah dan sebarang urusan jaminan perlu dibuat di Mahkamah Tinggi.

Selain itu, beliau membenarkan tertuduh yang tidak sihat diberikan rawatan segera.

Beliau turut menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi pemindahan prosiding ke Mahkamah Tinggi.

Semua tertuduh yang tiba jam 9.30 pagi diberi kawalan ketat oleh polis dengan lebih 10 konvoi polis mengiringi dua trak polis dinaiki semua tertuduh.

Pada 16 Oktober lalu, Nasiruddin antara 16 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

Mereka antara 415 individu yang ditahan dalam Op Global hingga fasa keempat.

Selain itu, seramai 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.

Harian Metro dan Metro Ahad menerusi laporan eksklusif sejak 7 September lalu melaporkan, bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal.

Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh penjaga.

Kegiatan penderaan fizikal itu dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu membabitkan penghuni di rumah berkenaan terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa Rabu lalu di Seremban, Negeri Sembilan.

Susulan pendedahan akhbar ini, ia turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak terancam dan perlukan perlindungan.

Susulan itu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.

HarianMetro-

Tags: GISBHNasiruddin Mohd Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa

GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa

07/11/2025
0

KAJANG – Anak bekas pengasas Al-Arqam yang bebas dari Penjara Kajang selepas selesai menjalani hukuman kerana menjadi ahli kumpulan GISB...

AGC Terima Representasi CEO GISBH, 21 Pemimpin Tertingginya Berkaitan Pertuduhan Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang Sejak 2020.

AGC Terima Representasi CEO GISBH, 21 Pemimpin Tertingginya Berkaitan Pertuduhan Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang Sejak 2020.

30/10/2025
0

KAJANG: Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd