• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Sakan Menari Selama 39 Minit

oleh AK-47
16/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Trump Sakan Menari Selama 39 Minit
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Calon Presiden Parti Demokrat, Kamala Harris dengan lantang mempersoalkan kesihatan mental dan fizikal pesaingnya untuk kembali merebut jawatan di Rumah Putih.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Harris melancarkan ‘serangan’ lebih agresif ke atas Donald Trump setelah bilionair hartanah sarat kontroversi itu didakwa seperti ‘keliru dan bingung’ ketika menyertai sebuah majlis di Oaks berhampiran Philadelphia pada Isnin lalu.

Sesi soal jawab mengenai isu ekonomi bersama para penyokongnya tergendala selepas dua individu jatuh pengsan dan Trump dengan selamba menukar acara itu dengan memperdengarkan sebanyak sembilan lagu kegemarannya sambil menari mengikut alunan rentak muzik selama kira-kira 39 minit.

“Saya harap Trump okay,” kata Harris, 59, menerusi platform X.

Pada keesokan harinya, calon Parti Republikan itu dilaporkan lewat tiba selama 90 minit di acara perhimpunan di Atlanta malah beliau tidak bercakap apa-apa tentang ‘persembahan tarian percuma’ tersebut.

Presiden ke-45 AS tersebut menjadi calon paling tua untuk bertanding setelah penggantinya, Joe Biden menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden AS pada 5 November depan.

Sehingga kini, Trump enggan mengeluarkan laporan komprehensif kesihatannya. 

-Sinar Harian

Tags: menari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tinggalkan Kerusi Roda Demi Menari Dengan Isteri

06/02/2019
0

TARIAN ini mungkin menjadi salah satu tarian majlis perkahwinan paling menyentuh hati yang pernah anda lihat dan ia tidak melibatkan...

Anwar Tiru Aksi MGR

07/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjolkan bakat tarian yang dimilikinya semasa menghadiri Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd