• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

oleh Mohd Arshad
04/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia menjadikan sebanyak 28 tempat larangan merokok secara keseluruhannya yang turut memasukkan bangunan tempat kerja sebagai kawasan terbaharu.

“Tindakan penguatkuasaan secara berterusan terhadap kedua-dua tempat ini bermula selepas 1 Januari 2025,” katanya menerusi sidang akhbar selepas sesi taklimat Akta 852 di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, penguatkuasaan dijalankan secara berfasa iaitu dengan tempoh masa diberikan selama tiga bulan kepada pemilik premis berkenaan.

“Pastinya saya sangat bersyukur, dobi yang menjadi tempat tumpuan ibu-ibu dan membawa anak-anak,” ujar Dr Dzulkefly.

Sebelum ini, hanya bangunan tempat kerja yang mempunyai pendingin hawa digazetkan di dalam senarai tempat larangan merokok, namun dengan pertambahan senarai ini, mana-mana premis tempat kerja sama ada terbuka atau mempunyai penyaman udara turut terikat dengan Akta 852.

Selain dua premis berkenaan, antara yang telah disenaraikan sebagai tempat larangan merokok adalah bangunan hentian pengangkutan awam, kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan, stadium, pusat kecergasan atau gimnasium, kawasan rehat dan rawat (R&R).

Mana-mana individu yang gagal mematuhinya berdepan dengan kompaun sehingga RM5,000.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, sejak bermula penguatkuasaan Akta 852 Selasa lalu, sejumlah 2,930 premis dilawati KKM.

Ia melibatkan 108 operasi dilaksanakan dengan kekuatan 1,614 anggota penguat kuasa seluruh negara.

Sepanjang operasi itu, sebanyak 2,548 notis advokasi pendidikan diedarkan termasuk mengeluarkan tiga kompaun masing-masing berjumlah RM250 melibatkan kesalahan merokok di kawasan larangan.

Dalam pada itu, Dr Norhayati memaklumkan premis diberi masa sehingga enam bulan dari tarikh penguatkuasaan Akta 852 untuk mempamerkan tanda amaran merokok yang baharu.

Tanda amaran merokok itu memaparkan imej rokok dan rokok elektronik selain kod QR yang membawa pelayar ke portal Jom Quit milik kementerian itu.

Ia turut mempunyai beberapa saiz untuk diletakkan di tempat bersesuaian seperti dalam bangunan, kenderaan awam, teksi dan e-hailing serta mana-mana laluan.

SinarHarian-

Tags: bangunan kerjaDOBImerokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok

04/04/2023
0

Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) tahun lalu mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd