• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi: Kementerian Kesihatan Gerakkan Pasukan Kecemasan

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengaktifkan Bilik Gerakan Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) di Sabah bagi berhadapan dengan kejadian gempa bumi di negeri tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilik gerakan yang diwujudkan di peringkat pusat dan negeri itu bagi menyelaras dan memantau aktiviti kesiapsiagaan dan respon terhadap kejadian itu.

Beliau memaklumkan pihaknya mendapat maklumat terdapat seramai 129 mangsa yang terperangkap di Gunung Kinabalu sedang dibawa turun oleh pasukan penyelamat.

“Satu pasukan perubatan dan kecemasan (EMRT) yang diketuai Pakar Perubatan Kecemasan bersama pasukan penyelamat lain telah mendaki ke puncak Gunung Kinabalu untuk memberikan bantuan makanan, pakaian dan rawatan kepada mangsa.

“Manakala satu lagi pasukan EMRT yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan berada di kaki Gunung Kinabalu di Sabah Park untuk merawat mangsa-mangsa yang tiba di kaki gunung,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, pasukan perubatan dan kecemasan Hospital Queen Elizabeth, Hospital wanita dan Kanak-kanak Sabah, Hospital Ranau dan Hospital Tuaran turut diaktifkan bagi memberi rawatan perubatan dan kecemasan yang diperlukan.

Tambah beliau, pasukan forensik juga telah diaktifkan dan bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan pada bila-bila masa diperlukan.

“Pasukan Kesihatan Awam dan Pasukan Kesihatan Mental dan Psikososial Respon (MHPRT) juga telah diaktifkan dan bersedia untuk dimobilisasikan pada bila-bila masa yang diperlukan.

“Sehingga 11.30 malam tadi seramai 21 mangsa dilaporkan telah menerima rawatan iaitu enam di Hospital Ranau, seorang di Hospital Tuaran dan 14 di Hospital Gleneagles (hospital swasta),” katanya.

Kata beliau, seramai tiga mangsa diberi rawatan pesakit dalam di Hospital Gleneagles dan yang lain adalah hanya rawatan sebagai pesakit luar. – mynewshub.cc

 

Tags: gempa bumiKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd