• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

90 Peratus Ahli KWSP Bawah 30 Tahun Dijangka Tak Cukup Wang Bersara

oleh Mohd Arshad
26/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
90 Peratus Ahli KWSP Bawah 30 Tahun Dijangka Tak Cukup Wang Bersara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengeluaran skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang tempoh COVID-19, secara kolektifnya telah menyebabkan lebih 90 peratus ahli kumpulan wang persaraan pekerja swasta itu yang berusia di bawah umur 30 tahun tidak mempunyai simpanan asas yang mencukupi untuk persaraan, demikian menurut Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli KWSP membentuk 60 peratus daripada pasaran tenaga kerja, tidak termasuk mereka yang bekerja di sektor awam dan tidak formal.

Mengikut anggaran KWSP, seseorang individu perlu mempunyai minimum RM35,000 menjelang umur 30 tahun untuk mencapai simpanan asas persaraan RM240,000 menjelang umur 55 tahun.

KRI menerusi laporan ‘The State of Households 2024: Households and the Pandemic 2019-2022′ (SoH 2024)’ berkata, data caruman ahli KWSP dari 2019 hingga 2022 menunjukkan hanya 10 peratus teratas dalam kategori umur 30 tahun ke bawah mempunyai lebih RM35,000.

Purata simpanan 10 peratus teratas pada 2022 ialah RM49,061.

“Ini menyerlahkan isu struktur gaji permulaan yang rendah dalam kalangan mereka yang mula memasuki pasaran pekerjaan kerana mereka tidak dapat mencapai caruman asas KWSP untuk persaraan,” dedah laporan itu.

Ia mendapati bahawa mereka yang berumur di bawah 30 tahun kurang terkesan oleh pengeluaran KWSP semasa pandemik Covid-19, kerana mereka biasanya mempunyai komitmen kewangan yang lebih rendah dari segi pinjaman perumahan/kenderaan, tanggungan dan lain-lain.

“Walaupun boleh dikatakan bahawa gaji mereka mungkin bertambah baik melalui kemajuan kerjaya, terdapat kesan pengkompaunan yang dikaitkan dengan gaji permulaan yang rendah, kerana ia biasanya mengakibatkan pertumbuhan gaji lebih perlahan dan juga peningkatan ketidakpadanan pekerjaan,” kata KRI.

Institut penyelidikan itu dalam laporannya bagaimanapun mengakui, dengan peningkatan bahagian caruman untuk Akaun 1 KWSP daripada 70 peratus kepada 75 peratus, KWSP mengunjurkan bahawa 65 peratus ahlinya mungkin mempunyai kemampuan untuk mencapai simpanan asas menjelang 2035.

Laporan itu juga menekankan keperluan untuk meneliti semula sasaran simpanan RM250,000, yang tidak disemak sejak 2019.

KRI berkata, sasaran itu mengandaikan individu itu akan menggunakan RM1,000 sebulan selama 20 tahun.

“Memandangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia meningkat, sasaran RM250,000 mungkin tidak mencukupi dan memerlukan penelitian semula kerana angka ini tidak disemak sejak 2019,” kata KRI.

Ia menekankan bahawa individu yang menghampiri umur persaraan dan seterusnya mungkin menghadapi masalah yang lebih besar seperti risiko kesihatan dan hilang upaya di samping kehabisan simpanan persaraan mereka.

“Adalah penting juga untuk ambil perhatian bahawa mereka yang bekerja di sektor tidak formal mungkin menghadapi prospek yang buruk mengenai persaraan kerana mereka pada masa ini tidak diwajibkan untuk mencarum kepada KWSP.

“Individu ini, yang telah menghadapi isu mengenai pendapatan purata yang lebih rendah, mungkin juga mempunyai sedikit atau tiada jaringan keselamatan untuk persaraan berbanding mereka yang bekerja secara formal,” menurut KRI.

-Berita Harian

Tags: Ahli KWSPKWSPWang Bersara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd