• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera

oleh Mohd Arshad
12/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) terkejut dan bimbang dengan laporan 402 kanak-kanak dan remaja daripada beberapa rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menghadapi penganiayaan, penderaan seksual dan pengabaian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wakil UNICEF di Malaysia, Robert Gass dalam satu kenyataan berkata pihaknya percaya kanak-kanak berkenaan mengalami trauma yang teruk selain memerlukan sokongan dari aspek perubatan dan psikososial.

“Kami memuji tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa negara atas usaha mereka menyelamatkan kanak-kanak ini dan berharap ini menandakan permulaan proses penyembuhan mereka.

“Namun, selagi kanak-kanak tinggal di tempat penjagaan institusi yang tidak diatur, mereka tetap terdedah kepada penganiayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Polis semalam dilaporkan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan ‘Op Global’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu sidang media di Kuantan dilaporkan berkata mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan.

Hasil serbuan itu katanya, mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.

Selain diliwat dan meliwat, Razarudin berkata mangsa yang kurang sihat juga tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi kritikal.

Mengulas lanjut, Gass berkata UNICEF menyokong kehadiran pekerja sosial yang berkelayakan untuk memantau rumah kebajikan berkenaan dan komited untuk membantu kerajaan dalam melindungi kanak-kanak.

Katanya, pihaknya turut menghargai komitmen pekerja sosial itu dalam mencegah perpisahan keluarga yang tidak perlu.

“Dasar toleransi sifar terhadap kekerasan terhadap kanak-kanak adalah penting kerana setiap kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran keluarga yang penyayang,” katanya.

-Berita Harian

Tags: GISBUNICEF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Akauntan Kanan GISB Sekali Lagi Didakwa 40 Tuduhan Ubah Wang Haram

Bekas Akauntan Kanan GISB Sekali Lagi Didakwa 40 Tuduhan Ubah Wang Haram

18/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas akauntan kanan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Mohd Khushairi Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari...

GISB Jawab Tuduhan Eksploitasi Kanak-kanak

GISB Jawab Tuduhan Eksploitasi Kanak-kanak

11/09/2024
0

SHAH ALAM - Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) menafikan dakwaan terlibat dengan sindiket pemerdagangan dan eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd