• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup

oleh Mohd Arshad
09/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup pada Isnin selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, penutupan sekolah membabitkan 1,024 pelajar dan 64 guru itu dilakukan pada jam 1 petang.

Jelas beliau, langkah itu bagi membendung masalah yang lebih serius yang boleh menjejaskan tahap kesihatan murid dan guru apabila terdedah dengan bahan tercemar itu.

“SK Kampung Maju Jaya mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Penutupan sekolah telah dibuat pada Isnin ekoran pencemaran bau yang dilaporkan.”

“Tempoh penutupan sekolah sama ada dilanjutkan esok (Selasa) masih dalam pertimbangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya dihubungi pada Isnin.

Sebelum itu media melaporkan, seramai 21 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya di sini, mengalami gejala ringan termasuk loya akibat terdedah dengan pencemaran bau yang mengancam kawasan perkampungan itu sejak awal pagi hari ini.

Ketua Kampung Maju Jaya, Roslan Hassan berkata, kumpulan berkenaan adalah murid sesi pagi yang berusia antara 10 hingga 12 tahun.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pencemaran bau di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal pagi tadi mengakibatkan sekolah terbabit ditutup.

“Saya bersama pihak bomba, polis, ketua kampung dan penghulu telah turun padang melawat kawasan.

“Saya turut menghubungi YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan memaklumkan perkara ini. Beliau mengarahkan sekolah tutup serta merta demi keselamatan guru dan murid,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: pencemaran bauSK Kampung Maju Jaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Air Di Selangor, Putrajaya Pulih Sepenuhnya Jumaat Ini

01/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekalan air bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna di kesemua kawasan yang terjejas...

4 LRA Henti Tugas Akibat Pencemaran Bau

10/11/2020
0

KUALA SELANGOR - Empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd