• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa: Kebanyakan Mangsa Hilang Rakyat Malaysia, Singapura

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDASANG – Sebahagian besar daripada 17 orang yang masih hilang di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi berukuran 5.9 magnitud pada Jumaat merupakan rakyat Malaysia dan Singapura.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, enam rakyat tempatan dan lapan warga Singapura merupakan antara mereka yang hilang.

Beliau yang bercakap pada sidang media di ibu pejabat Taman Kinabalu di sini Sabtu berkata, mereka yang lain masing-masing merupakan seorang warga China, Filipina dan Jepun.

Farhan berkata, warga Singapura yang hilang merupakan antara peserta dalam kumpulan 40 orang dari Sekolah Rendah Tanjung Katong yang mendaki di laluan Via Ferrata ketika gempa bumi menggegarkan gunung itu pada kira-kira pukul 7.15 pagi Jumaat.

Menurutnya, mayat pelajar warga Singapura Peony Wee Ying Ping, 12 dan malim gunung, Robbie Sapinggi, 30 dari Kampung Kiau telah dibawa turun.

Tambahnya, kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Operasi mencari dan menyelamat ketika ini melibatkan 48 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dan pasukan khas Jabatan Bomba dan Penyelamat (Storm) yang akan melalui laluan pendaki hampir tujuh kilometer dari pintu Timpohan di daki gunung.

Ditanya mengenai peluang mencari mereka yang hilang masih hidup, Farhan berkata: “Kita berdoa untuk yang terbaik.”

Menurut Farhan, pihak berharap untuk menemui mereka yang hilang pada Sabtu dan menghentikan operasi mencari dan menyelamat.

“Kita akan terus mencari sehingga semua yang hilang ditemui,” tambah Farhan. – mStar Online

 

Tags: gempa bumiGunung Kinabalu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd