• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa: 17 Masih Hilang Di Gunung Kinabalu

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Empat belas pendaki Gunung Kinabalu dan tiga malim gunung dilaporkan hilang dan masih belum ditemui berikutan kejadian gempa bumi berkekuatan 5.9 pada skala Richter di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau Supt Mohd Farhan Lee Abdullah, yang menyatakan perkara ini, turut mengesahkan bahawa seorang malim gunung dari Sabah dan seorang murid perempuan dari Singapura meninggal dunia di kawasan gunung itu dalam kejadian bencana semalam.

Malim gunung berkenaan dikenali sebagai Robbi Sapinggi, 30, dari Kampung Kiau, Kota Belud, manakala murid perempuan itu pula Wee Ying Ping Peony, katanya pada sidang akhbar di Pusat Gerakan Operasi Taman Kinabalu di sini, hari ini.

Satu sumber memberitahu bahawa 14 pendaki yang hilang itu merupakan pelancong iaitu lapan rakyat Singapura, tiga rakyat Malaysia dan masing-masing satu rakyat China, Filipina serta Jepun.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, yang merupakan kejadian gempa terkuat di Malaysia setakat ini, melanda kawasan Ranau pada pukul 7.15 pagi semalam.

Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran-gegaran kecil sehingga malam tadi dan ia turut dirasai di empat kawasan lain iaitu Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Operasi mencari dan menyelamat di Gunung Kinabalu dipergiatkan sejak pukul 5.30 pagi ini termasuk penggunaan helikopter untuk mengangkut anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa yang masih belum dijumpai.

“Jika cuaca tidak mengizinkan (menggunakan laluan udara) kita akan menggunakan laluan darat,” kata Mohd Farhan.

Beliau turut memaklumkan bahawa 20 mangsa telah dimasukkan ke wad untuk rawatan di Hospital Ranau dan Hospital Queen Elizabeth.

Mohd Farhan berkata pihak berkuasa sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan operasi mencari dan menyelamat pada hari ini.

Sehingga ini sejumlah 173 daripada 187 pendaki telah dibawa turun dengan selamat dari gunung itu.

Turut dibawa turun dengan selamat ialah 107 petugas yang menguruskan kemudahan penginapan di gunung itu. – BERNAMA

 

Tags: gempa bumiGunung Kinabalu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd