• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASP Polis Tidak Mengaku Terima Rasuah

oleh Mohd Arshad
14/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
ASP Polis Tidak Mengaku Terima Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

Kangar : Pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua tuduhan menerima suapan RM12,000 sebagai dorongan terhadap kes jenayah yang disiasat pada 2019.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, K Poobalan, 46, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang hanya mengangguk faham dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan pertama, Poobalan didakwa menerima RM6,000 daripada Mohd Hafiz Ismail, 44, yang mana Mohd Hafiz terbabit dengan kerja penyiasatan tertuduh terhadap kes yang dilaporkan di Balai Polis Datuk Keramat, Pulau Pinang.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank Cawangan Padang Besar pada 24 April 2019.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima wang RM6,000 daripada Muhammad Solahuddin Ismail, 42, yang juga adik kepada Mohd Hafiz di cawangan bank sama pada 15 Mei 2019.

Kesalahan didakwa mengikut mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkiflee, manakala tertuduh diwakili dua peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan kes disebut semula 4 Oktober depan.

-Harian Metro

Tags: ASP Polisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd