• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jazlan Sedia Letak Jawatan Jika Benar Terbabit Jual Kilang Felcra

oleh AK-47
09/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jazlan Sedia Letak Jawatan Jika Benar Terbabit Jual Kilang Felcra
Share on FacebookShare on Twitter

Pengerusi Felcra Ahmad Jazlan Yaakub berkata dia sedia melepaskan jawatan sekiranya benar tuduhan yang dia terbabit dengan penjualan kilang milik agensi kerajaan itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahmad Jazlan menjawab tuduhan dilontarkan aktivis politik pembangkang ketika berkempen di PRK DUN Nenggiri berkata, dia juga sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kata pengerusi Umno Kelantan itu satu laporan polis telah dibuat terhadap individu yang membuat tuduhan berkenaan terhadapnya.

“Saya cabar beliau buat laporan kepada SPRM. Ini berkaitan isu yang menuduh saya selama jadi pengerusi Felcra telah menjual kilang Felcra kepada pihak lain kononnya bukan bumiputera.

“Ia tak pernah berlaku, tak pernah sampai kepada meja saya, saya tak tahu tentang perkara ini. Kita ada dua mahkamah, pertama mahkamah dunia, kedua mahkamah akhirat. Jahat, nama (sahaja) parti islam.

“Saya tak tahu dalang siapa tetapi orang yang membuat tuduhan kepada saya semalam ada ceramah di Sungai Asap. Saya rasa rakyat Nenggiri cukup matang ini bukan isu Nenggiri. Cuma nak calar imej saya selaku pengarah operasi PRK,” katanya ketika ditemui di Renok Baru, Gua Musang di Kelantann selepas Program Temu Mata.

Program Temu Mata itu antara Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dengan masyarakat tempatan.

Malam tadi dalam ceramahnya di Sungai Asap, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mendakwa terdapat kilang milik Felcra cuba ditukar milik kepada syarikat bukan bumiputera.

Kilang milik Felcra berkenaan dikatakan atas milik tanah kerajaan negeri.

Skru kilang pun saya tak pernah jual

Sementara itu, Ahmad Jazlan berkata dia telah mengemukakan saman terhadap individu berkenaan, dipercayai merujuk kepada Badrul Hisham.

Dalam majlis itu juga Ahmad Jazlan turut melafazkan sumpah tidak terbabit dengan penyelewengan seperti didakwa selain mencabar pemimpin PAS untuk turut bersumpah.

“Kalau benda ini benar, pertama saya akan meletak jawatan saya sebagai pengerusi Felcra atau perdana menteri, timbalan perdana menteri boleh pecat saya sebagai pengerusi Felcra. Saya sedai disiasat dan sedia berdepan di mahkamah.

“Wallahi Wabillahi Watallah saya nak pemimpin PAS juga bersumpah bahawa sehingga hari ini, pagi Jumaat ini usahkan kilang, skru kilang sebiji tak pernah saya jual kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

Tags: JazlanKilang Felcra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Kelantan Untung Tanpa Nik Abduh Sebagai Calon, Kata Jazlan

BN Kelantan Untung Tanpa Nik Abduh Sebagai Calon, Kata Jazlan

10/11/2022
0

BN Kelantan melihat ketiadaan Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calon PN di negeri itu akan memberi kelebihan kerana akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd