• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suruhanjaya Perkukuh Keselamatan Data Rakyat Bakal Ditubuhkan

oleh Mohd Arshad
29/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Suruhanjaya Perkukuh Keselamatan Data Rakyat Bakal Ditubuhkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Digital bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia bagi memperkukuhkan pengurusan dan keselamatan data rakyat Malaysia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata pihaknya merancang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi tujuan penubuhan suruhanjaya ini yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac depan atau pertengahan tahun depan.

“Jika kita lihat kepada teknologi baharu, banyak daripada teknologi ini akan bersandarkan kepada kecerdasan buatan (AI) dan kita semua sedia maklum bahawa aspek yang paling penting untuk menjayakan teknologi ini adalah data.

“Itu sebab kerajaan telahpun membuat fokus membawa pelaburan besar khususnya pusat data dan sebagainya. Jika dilihat pelaburan daripada Google, Microsoft, ByteDance dan sebagainya adalah jumlah yang cukup besar

“Jadi, apabila kita lihat kepada aspek ini, persoalan yang timbul adakah kita mempunyai dasar ataupun kerangka perundangan yang mencukupi untuk melindungi data dan juga untuk menggariskan dasar bagi menggalakkan penggunaan data, tetapi dalam masa sama memastikan keselamatan sentiasa diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perjanjian kerjasama antara Digital Nasional Bhd (DNB) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) untuk memperkukuh keselamatan rangkaian 5G Malaysia daripada ancaman siber di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, dalam persekitaran teknologi yang ada sekarang, beliau telahpun mencadangkan supaya Malaysia mewujudkan satu Suruhanjaya Data.

“Sebenarnya sekarang kita ada Pesuruhjaya Data, belum ada suruhanjaya. Apa yang wujud adalah jawatankuasa

Justeru, apa yang saya ingin fokuskan adalah kita akan gunakan platform dan bangunkan jawatankuasa ini terlebih dahulu dan bergerak ke hadapan, kita akan mencadangkan kepada kerajaan supaya jawatankuasa ini dijadikan sebagai suruhanjaya supaya ia dapat memfokuskan lebih kepada aspek-aspek data yang pada saya sangat penting.

“Saya rasa mungkin jika tidak akhir tahun ini, mungkin permulaan (Mac) atau pertengahan sesi Parlimen tahun depan kita dapat membentangkan pindaan kepada akta untuk mewujudkan suruhanjaya ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Data RakyatSuruhanjaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd