• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lans Koperal Alif Monjani Didakwa Bunuh Nur Farah

oleh Mohd Arshad
26/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lans Koperal Alif Monjani Didakwa Bunuh Nur Farah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU: Seorang anggota polis daripada Balai Slim River, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bharu di sini, hari ini atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh berusia 26 tahun itu didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabit di ladang kelapa sawit SKC Keledang, Mukim Hulu Bernam, antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang pada 15 Julai lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan, Muhammad Alif hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Majistret, Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Harun dan Muhammad Azri Zakaria, sementara peguam Aida Zainuddin dan Aida Md Jaafar mewakili tertuduh.

Terdahulu, Ku Hayati memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes seterusnya.

“Saya mohon tarikh sebutan seterusnya bagi menyerahkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan telekomunikasi,” katanya pada prosiding yang dipenuhi ahli keluarga tertuduh dan mangsa serta media.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan kes sementara menunggu penyerahan laporan forensik (laporan DNA dan laporan syarikat telekomunikasi).

Sebelum prosiding bermula, seorang anggota polis memberi peringatan agar keluarga Muhammad Alif dan Nur Farah Kartini mengawal emosi semasa prosiding kes berlangsung.

Ketika dibawa keluar dari mahkamah, seorang anggota keluarga tertuduh dilihat mengangkat tangan tanda memberi semangat kepada Muhammad Alif.

Keluarga tertuduh yang ditemui di perkarangan mahkamah, berkata mereka dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang komen oleh peguam.

Sementara itu wakil keluarga mangsa, berkata mereka bersyukur dengan perkembangan kes dan berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan oleh polis.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan kompleks mahkamah di sini pada jam 9.04 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian baju T serta seluar hitam, sambil dikawal rapi oleh anggota polis.

Masing-masing seorang wakil daripada keluarga mangsa dan keluarga tertuduh juga dilihat memasuki kamar mahkamah sejurus suspek dibawa masuk.

Lebih 30 pengamal media telah memenuhi pekarangan mahkamah bermula seawal jam 7 pagi tadi untuk membuat liputan pendakwaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan suspek yang juga seorang anggota polis akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hussein juga dipetik berkata, siasatan kes itu telah selesai, dan perselisihan perhubungan dipercayai adalah punca gadis kelahiran Sarawak itu dibunuh.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira jam 6 petang, lima hari kemudian.

Penemuan mayat mangsa adalah hasil soal siasat ke atas suspek yang juga dikatakan kenalan kepada mangsa.

Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Julai lalu sebelum tempoh reman ke atasnya disambung tujuh hari lagi hingga 29 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis Perak mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya yang bertugas di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim, dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek yang berasal dari Melaka juga sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam siasatan kes pembunuhan itu, pasukan penyiasat polis melakukan pelbagai operasi mencari dan mengesan bahan bukti di beberapa lokasi meliputi sekitar daerah Hulu Selangor, Muallim dan Slim River di Perak.

Pencarian yang dijalankan oleh pasukan forensik, termasuk unit skuba itu antara lain membawa kepada penemuan telefon bimbit dalam parit serta kunci kereta dan dompet dalam Sungai Trolak.

BHonline-

Tags: Lans Koperal Alif MonjaniNur Farah Kartini
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Nur Farah: 7 Okt Untuk Serah Laporan Kimia, Bedah Siasat

Bunuh Nur Farah: 7 Okt Untuk Serah Laporan Kimia, Bedah Siasat

30/08/2024
0

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat bagi kes Lans...

Polis Belum Terima Laporan Lengkap Punca Kematian Nur Farah Kartini

Polis Belum Terima Laporan Lengkap Punca Kematian Nur Farah Kartini

07/08/2024
0

Petaling Jaya : Polis belum menerima laporan analisis lengkap punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang maut dibunuh, bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd