• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2 Juta Hilang Dari Simpanan Tetap Bank, Dipindah Kepada 11 Akaun Lain – Polis

oleh Mohd Arshad
25/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM2 Juta Hilang Dari Simpanan Tetap Bank, Dipindah Kepada 11 Akaun Lain – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendapati, wang RM2 juta yang dilaporkan hilang daripada tiga akaun pelanggan sebuah bank di Kuala Kangsar, Perak pada 9 Julai lalu, dipindahkan ke dalam 11 akaun lain.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan awal mendapati 11 akaun bank itu adalah milik kenalan dan saudara kepada suspek kes itu.

Katanya, walaupun suspek kes itu yang juga kakitangan bank terbabit sudah meninggal dunia, namun siasatan diteruskan dan fokus kini kepada 11 pemilik akaun bank yang menerima pindahan wang daripada suspek.

“Suspek dilaporkan membunuh diri pada 5 Julai lalu dipercayai ada kaitan dengan perbuatannya memindahkan sejumlah wang dari akaun simpanan tetap seorang pelanggan kepada 11 akaun lain membabitkan 108 transaksi.

“Pada hari berkenaan, pemilik akaun datang ke bank pada jam 10.15 pagi bagi melaporkan mengenai transaksi itu, dan pada sebelah petangnya, kerani bank membunuh diri,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK di sini, hari ini.

Ramli berkata, siasatan mendapati pemilik 11 akaun bank itu mempunyai pertalian persaudaraan dengan suspek, kenalan dan ada juga akaun milik syarikat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan, namun hasil siasatan awal kita mendapati sebahagian besar wang daripada 11 bank yang terbabit sudah dikeluarkan, digunakan.

“Kita percaya semua pemilik akaun terbabit mempunyai kaitan dengan suspek dan mereka mengetahui tentang pindahan wang terbabit, namun kita sedang jalankan siasatan lanjut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang kakitangan bank disyaki mendalangi satu kes pelanggan kehilangan wang dari akaun simpanan tetap membabitkan kerugian lebih RM2 juta di sebuah institusi kewangan di Kuala Kangsar, Perak.

Ramli dilaporkan berkata satu laporan diterima 9 Julai lalu mendakwa kakitangan bank itu memindahkan wang dari akaun simpanan tetap pelanggan ke akaun pihak ketiga.

Menurutnya, dua daripada tiga pemilik akaun simpanan tetap ke bank terbabit untuk mengeluarkan wang dari akaun mereka pada 27 Jun lalu, tetapi semakan mendapati sebahagian sijil akaun simpanan tetap mereka sudah ditutup.

Pelanggan terbabit menafikan pernah membuat penutupan itu atau mengeluarkan wang dari akaun simpanan tetap mereka.

Beliau berkata, hasil siasatan pihak bank mendapati seorang kakitangannya disyaki mengeluarkan wang itu tanpa pengetahuan pelanggan sebelum mendepositkannya ke beberapa akaun berbeza.

Katanya, walaupun kakitangan itu yang juga suspek utama meninggal dunia 5 Julai lalu dipercayai membunuh diri, siasatan kes itu tetap diteruskan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

BHonline-

Tags: akaun bankHILANG
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd