• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Remaja Disyaki Rogol Budak 11 Tahun Ditahan

oleh Mohd Arshad
19/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Empat Remaja Disyaki Rogol Budak 11 Tahun Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN: Polis menahan empat remaja lelaki semalam kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan di lokasi berbeza antara jam 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa membuat laporan polis jam 12.26 tengah hari semalam.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, suspek pertama dan kedua merogol mangsa secara bergilir-gilir di dalam kereta ketika mangsa keluar bersama suspek di Air Terjun Lata Kinjang, Tapah jam 6.30 petang kelmarin.

“Pada 8.30 malam, hari yang sama, suspek ketiga merogol mangsa ketika mangsa mengikuti suspek pulang ke rumahnya di sekitar daerah Hilir Perak.

“Seorang lagi suspek merogol mangsa pada jam 12.30 tengah malam Khamis di kawasan semak di Teluk Intan ketika mangsa dan suspek keluar bersiar-siar.

“Hasil soal siasat awal yang dijalankan didapati kesemua suspek termasuk dua masih bersekolah mengaku terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, mangsa mengenali suspek pertama melalui media sosial sebelum suspek pertama memperkenalkan pula mangsa kepada tiga lagi individu terbabit.

Ahmad Adnan berkata, Mahkamah Majistret Teluk Intan pada pagi tadi membenarkan empat remaja lelaki itu ditahan reman selama tiga hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dengan cadangan pertuduhan.

“Ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau pergerakan anak khususnya anak perempuan supaya tahu dengan siapa dan ke mana lokasi yang dituju bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan gejala negatif,” katanya.

BHonline-

Tags: kes rogolremaja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd