• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Buka Kertas Siasatan HRD Corp, Rakam Keterangan Beberapa Individu

oleh AK-47
06/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Buka Kertas Siasatan HRD Corp, Rakam Keterangan Beberapa Individu
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pasukan siasatan juga akan ke Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp pada Selasa ini bagi mendapatkan dokumen berkaitan.

“Kita sudah terima laporan audit yang dikemukakan oleh KSU (Ketua Setiausaha) KESUMA. Berasaskan laporan audit itu, kita mengenal pasti beberapa isu yang memerlukan dokumen dan keterangan daripada pihak terbabit.

“Antaranya isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian harta dan sebagainya. Oleh itu, satu pasukan khas dibentuk dan beberapa kertas siasatan sudah dibuka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 kelmarin, dilaporkan berkata, KESUMA disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Wan Suraya berkata, terdapat tindakan serta keputusan yang diambil oleh pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat serta KESUMA perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.

Susulan itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim semalam mengarahkan KSU KESUMA, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Eksekutif HRD Corp supaya membuat laporan kepada SPRM.

Ahmad Khusairi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM 2009.

-Berita Harian

Tags: HRD CorpKertas SiasatanRakam KeteranganSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd