• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Lindungi 58 PATI Ditahan

oleh Mohd Arshad
01/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
3 Lelaki Lindungi 58 PATI Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI: Seorang penyelia dan dua penjaga kilang ditahan kerana melindungi 58 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah kilang kitar semula haram di Bandar Tenggara, di sini, dalam operasi, awal pagi semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata penahanan itu dibuat susulan operasi bersepadu antara Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 Simpang Renggam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kastam Negeri Johor, hasil makluman awam.

Katanya, seramai 58 PATI membabitkan 53 lelaki dan lima wanita berusia antara 18 hingga 53 tahun, turut ditahan dalam operasi itu kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

“Hasil operasi bersepadu itu, kita menahan dua penjaga kilang lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an, kerana melindungi 58 PATI yang bekerja di kilang itu, selain menahan kesemua PATI berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu paket kecil berisi serbuk serta ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.46 gram, dengan seorang penjaga kilang itu disahkan positif dadah.

“Kita turut membuat tahanan ke atas penyelia kilang berusia 40-an yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, untuk memberi keterangan pada kira-kira jam 10.30 malam tadi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hussin berkata, JAS Johor turut membuka siasatan menerusi Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi mengesan pencemaran susulan kewujudan kilang kitar semula haram berkenaan.

“Tiga lelaki tempatan yang juga penyelia dan penjaga kilang itu ditahan reman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas atas mana-mana individu yang terbabit melindungi dan menggaji PATI serta salah guna dadah,” katanya.

Husin berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen selain Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kilang berkenaan turut disiasat mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk menahan operasi kilang berkenaan selain Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) dan Aktiviti 14(b)(Ii) Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015,” katanya.

BHonline-

Tags: ditahanlelakiPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan pusat spa dan kesihatan di Chow Kit kelmarin dibebaskan...

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

21/11/2025
0

Seremban: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam rakaman melakukan perkara tidak senonoh di dalam kereta seperti tersebar beberapa hari lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd