• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Hingga Hujung Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
29/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Hingga Hujung Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Pengguna komersial dan industri akan mengalami penurunan kadar surcaj Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) 1 sen per kilowatt sejam (kWj) antara 1 Julai hingga 31 Disember ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini, berkata ia selari keputusan kerajaan yang menetapkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung sepanjang tempoh berkenaan.

Selain itu, katanya, surcaj bagi kategori lampu jalan (tarif G dan G1) seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) diturunkan sebanyak 1 sen/kWj bagi tempoh sama.

“Ia bagi membolehkan PBT menyediakan perkhidmatan pencahayaan menyeluruh di kawasan awam seperti lampu jalan, taman perumahan dan kawasan rekreasi.

“Secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik secara bersasar bagi tempoh Julai hingga Disember 2024 bernilai RM2.19 bilion akan dibiayai sepenuhnya kerajaan.

“Pengguna boleh melihat jumlah subsidi elektrik diberi kerajaan dalam bil elektrik bulanan masing-masing dan kerajaan berharap pemberian subsidi elektrik ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, sekali gus memastikan pembangunan ekonomi negara yang berterusan,” katanya.

Mengulas keputusan itu, PETRA berkata, kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, selain pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar.

Tiada kenaikan tarif dapat stabilkan harga barang

Justeru, katanya, kerajaan berharap penurunan kadar surcaj ICPT itu dapat terus mengekalkan kestabilan harga barangan di pasaran, selain menyokong usaha menggalakkan pelaburan di negara ini, seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi negara.

“PETRA percaya pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar adalah pendekatan terbaik ketika ini, bertujuan mengurangkan komitmen subsidi kerajaan dengan peruntukan berkenaan akan disalurkan dalam pelbagai bentuk lain kepada rakyat.

“Ia juga membolehkan kerajaan terus menambah baik infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan menyokong sektor pendidikan negara,” katanya.

Rebat RM40 untuk pengguna dalam Sistem e-Kasih

Sementara itu, PETRA berkata, kerajaan komited memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terpelihara melalui Program Rebat Elektrik RM40 untuk pengguna elektrik dalam kategori Miskin Tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem e-Kasih di seluruh negara, membabitkan peruntukan bernilai RM55 juta, tahun ini.

Katanya, pengguna boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing di laman sesawang https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti berhampiran.

“Walaupun tiada kenaikan tarif elektrik di Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember 2024, pengguna disaran supaya sentiasa menggunakan tenaga elektrik secara berhemah dan mengamalkan amalan cekap tenaga.

“Di bawah Program SAVE 4.0, pengguna boleh menerima e-rebat sehingga RM400 bagi pembelian peti sejuk dan penyaman udara cekap tenaga mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga,” katanya.

Pengguna digalak pasang panel solar

Dalam pada itu, PETRA menggalakkan pengguna menyertai inisiatif pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di kediaman masing-masing, menerusi Program Net Energy Metering (NEM).

“Melalui program baharu Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS), pengguna baharu Program NEM Rakyat yang mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) pada dan selepas 1 April lalu akan menerima rebat RM1,000/kwAC hingga maksimum RM4,000,” katanya.

BHonline-

Tags: kenaikantarik elektrik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera, Norman Daud mempertahankan kenyataan Perdana Menteri bahawa 85 peratus...

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd