• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter Bomba Terbangkan Pelajar UPM Dipatuk Ular Di Gunung Tahan

oleh Mohd Arshad
28/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PRK DUN Nenggiri 17 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS: Helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pengkalan Udara, Wilayah Utara melakukan penerbangan kecemasan untuk menyelamatkan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipatuk ular berbisa yang berlaku petang semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Ir TS Dr Wan Mohammad Wan Isa, berkata pasukan JBPM Pahang menerima panggilan peserta kumpulan pendaki itu berkaitan kejadian itu di Bukit Botak, Gunung Tahan pada jam 6.15 petang semalam.

Katanya, mangsa bersama 40 pendaki lain turut disertai oleh dua orang jurupandu, seorang staf Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) serta tiga orang ranger komuniti.

“Sejurus kejadian itu, dua anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) Merapoh yang berada di Kem Kor, Gunung Tahan bergerak ke lokasi kejadian dan memohon bantuan Unit Udara telah dibuat oleh Pusat Operasi JPBM Pahang.

“Pesawat UUB AW139 bersama lima orang krew telah sampai di Bukit Bius, Lipis untuk mengambil dua orang pegawai perubatan pada jam 9.26 pagi dan terbang ke lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, pesawat berjaya sampai di lokasi kejadian di Bukit Botak dan mangsa yang cedera diterbangkan ke Bukit Bius, Lipis pada jam 9.55 pagi.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut. Keadaan mangsa dalam keadaan lemah,” katanya.

BHonline-

Tags: dipatuk ularhelikopter bombapelajar UPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Pencari Kelubi Maut Dipatuk Ular Belalang

16/09/2018
0

MUKAH - Gara-gara dikatakan mengganggu sarang ular dipercayai tedung hitam yang dikenali dengan nama Ular Belalang oleh masyarakat Iban, dua...

Arwah Sudah Meninggal Dunia, Bukan ‘Mati Suri’

13/07/2018
0

PALANGKAYARAYA - Seorang pemuda yang maut akibat dipatuk ular tedung selar peliharaannya akhirnya dikebumikan pada petang tadi selepas usaha keluarganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd