• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Warga Asing Ditahan Susulan Penemuan Mayat Dengan Enam Tikaman

oleh Mohd Arshad
18/06/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
9 Warga Asing Ditahan Susulan Penemuan Mayat Dengan Enam Tikaman
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Sembilan warga asing ditahan susulan penemuan mayat lelaki dengan enam tikaman dan kesan calar di muka di tapak pembinaan di Taman Menglembu, di sini, awal pagi hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, mayat mangsa tanpa identiti berusia 20-an yang juga warga asing itu turut ditemukan dalam keadaan mulut berdarah.

“Individu ditahan adalah lapan lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 21 hingga 41 tahun kira-kira 5 pagi.

“Kesemuanya direman tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Jun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam pada 1.23 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

“Siasatan awal mendapati mangsa terbaring dalam keadaan mulut berdarah dan sehingga kini identiti mangsa masih dalam semakan dan pengesahan majikan.

“Polis mendapati terdapat enam kesan tikaman dan kesan trauma oleh objek tumpul di bahagian kiri muka serta calar di bahagian badan mangsa.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan blunt trauma of the head,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana kesalahan membunuh dengan niat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kes diminta memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.

-Harian Metro

Tags: Tahanwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd