• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

oleh AK-47
18/06/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
3
Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika protes di luar pejabat ketua menteri Sabah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bersih berkata pihaknya diberitahu polis telah memanjangkan perintah reman untuk salah seorang tahanan, seorang guru bernama Shafeeq Rondin tanpa memaklumkan kepada peguamnya.

“Tindakan ini adalah tindakan yang secara jelas melanggar hak Cikgu Shafeeq di bawah Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tatacara Jenayah bahawa orang yang disiasat mempunyai hak untuk diwakili oleh peguam dan diadili dengan adil dan saksama di bawah undang-undang.

“Bersih menyeru Kerajaan Perpaduan, khususnya Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, untuk menegakkan hak asasi Cikgu Shafeeq dan lapan pelajar Sekolah Alternatif dengan membebaskan mereka agar kegiatan pengajaran dan pembelajaran mereka dapat diteruskan.

“Kegagalan berbuat demikian hanya mengukuhkan persepsi bahawa intimidasi terhadap para aktivis berlaku seperti ‘business as usual’ di bawah Kerajaan Madani seperti pemerintahan kerajaan-kerajaan terdahulu,” kata gabungan NGO itu pada satu kenyataan hari ini.

Pada 14 Jun, Polis Kota Kinabalu telah menahan sembilan individu tanpa dokumen pengenalan diri yang menyertai protes di luar pejabat ketua menteri Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Kasim Muda dilaporkan berkata peserta dan penganjur perhimpunan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengasas NGO Borneo Komrad yang berpangkalan di Sabah, Mukmin Nantang, memberitahu polis telah menahan seorang guru dan lapan pelajar Sekolah Alternatif yang menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak tanpa kerakyatan.

Sementara itu, Bersih berkata tiada sebab polis menahan sembilan orang itu kerana mereka bukan penganjur utama perhimpunan tersebut

“Sekiranya pihak polis ingin menyiasat, seharusnya mereka mengikuti Akta Perhimpunan Aman 2012 yang meletakkan tanggungjawab pada penganjur utama untuk disiasat secara profesional dan bukan menggunakan instrumen undang-undang yang lain bagi tujuan intimidasi yang membentuk naratif yang negatif terhadap himpunan tersebut.

“(Ini) sekaligus menjadikan guru dan pelajar-pelajar Sekolah Alternatif sebagai mangsa keadaan,” katanya.

“Kesembilan orang mereka telah ditahan agak jauh dari tapak perhimpunan ketika mereka sedang beredar dari tapak perhimpunan tersebut dan pihak polis telah menggunakan Akta Imigresen bagi menahan guru dan pelajar-pelajar tersebut,” jelas Bersih lagi.

Bersih turut menyatakan solidariti terhadap mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah mengadakan himpunan itu.

-Malaysia Kini

Tags: BersihTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

Next Post

9 Warga Asing Ditahan Susulan Penemuan Mayat Dengan Enam Tikaman

Related Posts

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

Kes Sanusi Dipindah Ke Mahkamah Tinggi, Tarikh Bicara Baharu Akan Diberi Kemudian

100 Lagi Anggota Ditambah Bantu Gerakan Buru Tahanan Lolos Depoh Imigresen

02/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Gerakan besar-besaran dilancarkan bagi memburu dan menahan semula 130 tahanan yang lari dari Depoh Imigresen Bidor, malam tadi....

Next Post
9 Warga Asing Ditahan Susulan Penemuan Mayat Dengan Enam Tikaman

9 Warga Asing Ditahan Susulan Penemuan Mayat Dengan Enam Tikaman

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd