• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertuduhan Ibu Bapa Zayn Rayyan Libatkan Pengabaian Bukan Penderaan – Peguam

oleh Mohd Arshad
13/06/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pertuduhan Ibu Bapa Zayn Rayyan Libatkan Pengabaian Bukan Penderaan – Peguam
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, pertuduhan yang dijalankan pada hari ini melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis.

“Dalam pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh hanya menyatakan pengabaian dan bukan penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

“Pertuduhan dijalankan berdasarkan bukti yang ada berdasarkan keterangan pihak pendakwaan, buat masa ini, itulah pertuduhannya dan bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini pada Khamis.

Menurutnya, siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak terhenti.

“Kami yakin pihak polis akan terus jalankan siasatan bagi mencari pelaku sebenar sehingga boleh dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret supaya masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes ini.

Bagaimanapun, setelah mendengar permohonan, Fahmi berkata, mahkamah hanya membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja.

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

-Sinar Harian

Tags: PeguampertuduhanZayn Rayyan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd