Kuantan : Guru lelaki disahkan maut menjadikan tiga mangsa meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan bas persiaran dan treler di Rompin, awal pagi ini.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, mangsa Hamzah Ahmad, 60, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
“Mangsa ketiga meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTAA,” katanya.
Terdahulu, dua mangsa maut iaitu Hasnatul Adilah Hassan, 48, dan Mohd Adi Hasan, 29.
Hasnatul Adilah yang juga guru meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Adi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah, Rompin.
Bas berkenaan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.
Pemandu treler terbabit tidak mengalami kecederaan.
-Harian Metro
