• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKR Komited Siapkan 223 Rumah Mangsa Banjir Menjelang Julai

oleh Ahmad Albab
05/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menyiapkan 223 unit daripada lebih 1,000 buah rumah di bawah Projek Pembinaan Semula Rumah Kekal untuk mangsa banjir di seluruh negara, menjelang Julai ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 2,000 unit disasarkan dibina untuk mangsa banjir di empat negeri terjejas iaitu di Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Daripada jumlah itu, 500 unit akan dibina kerajaan negeri Kelantan.

“Di bawah projek ini, sehingga 1 Jun lepas, sebanyak 33 rumah berjaya disiapkan Kerajaan Persekutuan, 309 masih dibina manakala 237 unit lagi di peringkat prabina.

“Pecahan rumah yang siap dibina adalah 11 di Kelantan, (14) Pahang, (dua) Terengganu dan enam di Perak,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 866 penerima terdiri daripada warga kerja KKR, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Fadillah menegaskan kerajaan komited untuk menyiapkan rumah-rumah berkenaan namun berdepan beberapa kekangan sehingga melambatkan proses pembinaan.

“Tugas kami hanyalah membina rumah. Namun terdapat kira-kira 600 rumah ada masalah tanah yang dikategorikan sebagai tanah ragu, sebab tanah itu sama ada milik keluarga, tapi tak ada pengesahan ia milik keluarga atau sebaliknya, yang boleh digunakan untuk mangsa banjir.

“Ini termasuk mereka yang duduk di tanah kerajaan seperti di kawasan (berhampiran landasan) kereta api dan sebagainya, yang tidak ada kepastian hak milik,” kata Fadillah.

Mengulas pembinaan projek lebuh raya di negara ini, beliau berkata kesemuanya berjalan lancar mengikut perancangan, contohnya Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah, yang dijadual siap pada 2023.

“Seperti Lebuhraya Pan Borneo di sebelah Sarawak, ia dah dimulakan, manakala Sabah sedang dimuktamadkan pelantikan syarikat yang bakal dilantik untuk menjadi pemegang konsesi.

“Bagi Lebuhraya Pantai Barat pula, sebahagian kerja di sebelah Perak sedang berjalan khususnya di Teluk Intan manakala di sebelah Selangor kami masih muktamadkan beberapa jajaran yang belum dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan ada maklum balas daripada penduduk setempat yang tidak menyetujui sebahagian daripada jajaran,” katanya.

Fadillah berkata projek Central Spine Road (CSR) pula sedang berjalan secara berperingkat dengan sebahagiannya telah siap, manakala sebahagian akan ditender dan sebahagian lagi dalam peringkat perancangan.

Bagi Projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Fadillah berkata ia telah siap, namun pihaknya sedang memuktamadkan pelantikan syarikat yang akan menyelenggara dan mengendalikannya.

“Maknanya kalau kami perincikan, di semua wilayah ada lebuh raya baharu yang akan memberi impak keselesaan, keselamatan penggunaan jalan raya dan membuka peluang pembangunan ekonomi kepada industri pembinaan di samping menjana aktiviti ekonomi masyarakat setempat,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: mangsa banjirRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd