• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KM Sabah Nasihat Orang Ramai Berwaspada, Susulan Gempa Bumi

oleh Ahmad Albab
07/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada berikutan kejadian gempa bumi yang berlaku di Ranau Jumaat pagi.

“Walaupun saya berada jauh di Shanghai (China), saya memantau situasi ini. Saya tahu ramai yang bimbang kerana Sabah jarang sekali mengalami kejadian seperti ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, pada 7.15 pagi ini dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Ranau, Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km barat laut Ranau.

Musa berkata pihak berkuasa juga turut memantau keadaan tanah terutama di Ranau, yang merupakan pusat gempa itu.

Musa berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri Sabah telah diaktifkan untuk memantau serta membantu mereka yang memerlukan termasuk mereka yang terkandas di Gunung Kinabalu.

“Saya juga meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan khabar angin bahawa akan berlaku lebih banyak gempa bumi. Kami tidak menerima apa-apa laporan rasmi berhubung perkara ini. Kita hanya perlu berhati-hati,” katanya.

Musa juga melahirkan kekecewaan berhubung penyebaran berita seumpama itu yang dianggap tidak ‘bertanggungjawab’ kerana boleh menimbulkan panik dalam kalangan rakyat.

Beliau juga berkata hari ini diisytiharkan hari kelepasan am bagi penjawat awam persekutuan dan negeri di daerah Ranau berikutan bencana yang berlaku di kawasan itu. – BERNAMA

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=kyAWcb0StmU

Tags: gempa bumiMusa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd