• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Lelaki Warga Asing Ceroboh Pusat Hidrografi Nasional TLDM Diberkas

oleh AK-47
29/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Empat Lelaki Warga Asing Ceroboh Pusat Hidrografi Nasional TLDM Diberkas
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Tindakan empat individu warga asing yang mengambil gambar di hadapan Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bandar Armada Putra dekat sini mengundang padah apabila diberkas, Sabtu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, maklumat berkaitan kejadian sebelum itu diterima pihaknya kira-kira jam 8 malam berkaitan tindakan empat suspek terbabit yang bertindak menceroboh pintu utama Pusat Hidrografi Nasional itu.

“Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku ketika anggota TLDM bertugas mendapati empat lelaki terbabit sedang berlegar-legar di jalan berhadapan pintu masuk.

“Kesemua suspek didapati berjalan kaki sampai ke hujung pintu masuk dan berpura-pura mengambil gambar sebelum mereka kemudiannya ditahan anggota TLDM yang bertugas,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, kesemua suspek merupakan lelaki warga asing berumur antara 21 hingga 36 tahun.

“Kesemua suspek ditahan bersama telefon bimbit yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Semakan mendapati kesemua suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut berhubung kejadian dan kertas siasatan berkaitan kes ini sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

“Polis turut menjalankan siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 bagi mengesahkan ketulenan pasport, permit dan pergerakan keluar masuk ke negara ini,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Pusat Hidrografi Nasional TLDMwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd