• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Hasutan: Mahkamah Perintah Papagomo Tidak Keluar Kenyataan

oleh Mohd Arshad
27/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Hasutan: Mahkamah Perintah Papagomo Tidak Keluar Kenyataan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan, untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan bersuara (mengeluarkan kenyataan) itu.

“Perintah larangan bersuara yang dipohon pihak pendakwaan adalah dibenarkan setakat responden (Wan Muhammad Azri) tidak membuat sebarang komen atau hantaran berkaitan dengan pertuduhan sehingga kes ini selesai,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, perintah larangan itu penting bagi menghalang kekecohan berlaku, akibat komen yang dikeluarkan menyentuh mengenai pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

“Sebelum keadaan kecoh, kami membuat permohonan larangan bersuara kerana pihak yang terlibat dalam kes ini ialah Yang di-Pertuan Agong dan baginda tidak membuat sebarang komen dalam media sosial,” katanya.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Wan Muhammad Azri memohon agar semakan itu ditolak, kerana permohonan tersebut tidak menyatakan butiran terperinci berhubung kesannya kepada ketenteraman awam jika larangan bersuara tidak dikenakan terhadap anak guamnya.

Pada 2 Mei, Wan Muhammad Azri, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, di laman Twitter atau X miliknya.

Bekas Exco Pemuda UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini pada jam 12 tengah hari, 29 April.

Pertuduhan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama itu, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SinarHarian-

Tags: kenyataaanKes Hasutanpapagomo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan...

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Blogger, Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, hari ini mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd