• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Hadi Kekal Presiden, Mat Sabu Tewas Timbalan Presiden

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatannya dalam pemilihan PAS hari ini yang menyaksikan golongan pro ulama menguasai kepimpinan parti itu.

Abdul Hadi, yang memegang jawatan itu selama 13 tahun sejak mengambil alih daripada mantan presiden Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor pada 2002, akan memimpin parti itu untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2017.

Kemenangan itu akan menjadikan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS paling lama memegang jawatan itu.

Pada pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 hari ini, Abdul Hadi mendapat 928 undi untuk menewaskan pencabarnya iaitu bekas naib presiden Ahmad Awang, yang meraih 233 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Kemenangan Abdul Hadi itu disusuli dengan kemenangan seorang lagi pro ulama iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berjaya menewaskan Mohamad Sabu bagi jawatan nombor dua parti, juga dalam pertandingan satu lawan satu.

Kelihatan seorang perwakilan meneliti keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Presiden PAS yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat selepas pemilihan Barisan Kepimpinan Tertinggi PAS yang baru bagi tahun 2015-2017 pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor selama tiga hari bermula hari ini.  - Foto BERNAMA
Kelihatan seorang perwakilan meneliti keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Presiden PAS yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat selepas pemilihan Barisan Kepimpinan Tertinggi PAS yang baru bagi tahun 2015-2017 pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor selama tiga hari bermula hari ini. – Foto BERNAMA

Tuan Ibrahim, yang sebelum ini merupakan naib presiden, berjaya mendapat 881 undi berbanding 279 undi yang diraih Mohamad Sabu yang sebelum ini penyandang jawatan itu.

Sementara itu, tiga jawatan naib presiden pula dimenangi oleh Idris Ahmad yang mendapat 896 undi, Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi) dan Datuk Mohd Amar Abdullah memperoleh 710 undi.

Selain itu, pada pemilihan bagi menentukan kepimpinan parti bagi sesi 2015-2017 itu, 1,189 perwakilan turut memilih 18 Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Semua keputusan pemilihan itu diumumkan Pengerusi Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi pada pukul 12.15 tengah malam di lokasi muktamar itu berlangsung iaitu di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Barisan kepimpinan PAS bagi penggal 2015-2017:

Pengerusi Tetap: Hussin Ismail
Timbalan Pengerusi Tetap: Kamal Ashaari
Pemeriksa Kira-kira: 1. Abdul Syukur Aziz, 2. Mohd Najib Ahmad

Presiden : Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: Datuk Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden: Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Iskandar Abdul
Samad.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat:

1. Nasruddin Hassan
2. Nik Zawawi Salleh
3. Mohd Noor Mohamad
4. Datuk Nasruddin Daud
5. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
6. Mokhtar Senik
7. Muhamad Sanusi Md Nor
8. Nor Azli Musa
9. Sallehen Mukhyi
10. Dr Rosni Adam
11. Mazlan Aliman
12. Dr Ali Akbar Gulasan
13. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
14. Razman Zakaria
15. Datuk Abdullah Hussin
16. Datuk Dr Fadzli Hasan
17. Dr Ridhuan Mohd Noor
18. Zaharuddin Mohamad

– BERNAMA

Tags: Hadi AwangMuktamar PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd