• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA: Malaysia Harap ‘Keajaiban’ Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia kini perlu mengharapkan ‘keajaiban’ untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA 2015 selepas kalah tipis 1-0 kepada juara bertahan, Thailand, pada aksi ketiga perlawanan kumpulan B di Stadium Bishan, di sini, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu perlu mengharapkan agar dua pasukan teratas, Vietnam dan Thailand kalah dalam baki dua peringkat kumpulan.

Selain itu, Malaysia ‘wajib’ menang baki dua perlawanan iaitu menentang Brunei pada Isnin ini dan Laos, tiga hari kemudian sekiranya berhasrat mara ke peringkat separuh akhir edisi ke-28 temasya sukan dwitahunan berkenaan.

Pada aksi hari ini, jaringan kapten Sarach Yooyen pada minit ke-80 telah memperkasakan kedudukan Thailand ke separuh akhir.

Sebelum itu, skuad negara pantas menyerang kubu pasukan Thailand sebaik sahaja pengadil, Ma Ning dari China memulakan perlawanan.

Skuad negara berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-13, namun kapten pasukan, Gary Steven Robbat gagal menyambar peluang berkenaan apabila sepakan tersasar walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Thailand, Sae-Ear Chanin.

Kedua-dua pasukan terus saling mengasak kubu masing-masing bagi mencari gol pendahuluan namun ketumpulan penyudah menyaksikan keputusan berkenaan kekal sehingga berakhirnya separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand ,yang memburu kemenangan ketiga pada kempen Sukan SEA kali ini, meningkatkan tempo permainan bagi mencari gol pendahuluan.

Malaysia berjaya mengimbangi perlawanan menerusi serangan balas pantas dan penyerang, Syahrul Azwari Ibrahim hampir meletakkan skuad negara di hadapan namun sepakan lencongnya pada minit ke-58 berjaya ditampan keluar oleh Chanin.

Bagaimanapun, kelekaan benteng pertahanan negara yang tidak mengawal pergerakan Sarach pada 10 minit terakhir perlawanan membawa padah apabila wira Thailand itu melepaskan sepakan kencang kaki kiri yang tepat ke penjuru kanan gol Malaysia.

Sementara itu, Kim Swee menyifatkan jadual perlawanan yang ketat, persiapan singkat dan kegagalan anak buahnya menyudahkan peluang jaringan merupakan punca kekalahan kedua skuad negara dalam saingan kumpulan.

Jurulatih berusia 44 tahun itu juga berkata mereka perlu menyemak semula program persediaan mereka serta mengakui Vietnam dan Thailand mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada Malaysia pada ketika ini.

Sebelum ini, Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste pada perlawanan pembukaan dan kalah 5-1 kepada Vietnam pada perlawanan kedua.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Choketawee Promrut walaupun memuji anak buahnya kerana melaksanakan tugas dengan baik, namun beliau berkata ada ruang untuk penambahbaikan.

“Saya agak terkejut untuk memperoleh gol penting ini selepas Malaysia memberi saingan hebat sepanjang perlawanan. Kami akan cuba yang terbaik untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam baki dua perlawanan peringkat kumpulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd