• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lulus RM23 Juta Bagi Pembelian Segera Aset Esscom

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM23 juta bagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk perolehan segera aset yang perlu untuk memerangi jenayah rentas sempadan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata ia adalah peruntukan tambahan daripada peruntukan RM660 juta kepada ESSCom di bawah Bajet 2015.

“Melalui peruntukan khas ini, kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembelian dan penghantaran aset-aset kepada Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

“Objektif utama ialah untuk memastikan keselamatan dalam linkungan ESSZone adalah terjamin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan ESSCom di sini Khamis.

Ali berkata ESSCom, diketuai oleh komandernya Datuk Abdul Rashid Harun, telah diberikan kebebasan untuk membeli aset-aset seperti bot dan kenderaan pacuan empat roda daripada pembekal tempatan.

Ali berkata lebih 200 daripada aset-aset itu diperlukan untuk mengukuhkan kawasan ESSCom di ESSZone.

Ketika ditanya mengenai aset udara seperti helikopter, Ali berkata perolehan seperti itu memerlukan masa tetapi tidak terkeluar daripada perancangan. – BERNAMA

 

Tags: Ali HamsaEsscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd