• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Amerika Sambut Kedatangan Najib Di Bandar NY

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – “We welcome the Honorable Najib Razak, Prime Minister of Malaysia to New York city,” (Kami mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia di Bandar raya New York)m, mesej ini terpampang pada sebuah papan iklan di Times Square, di sini.

Mesej itu daripada persatuan pelancongan United States Tour Operators Association and Pacific Asia Travel Association (PATA) cawangan New York.

Menurut pegawai kanan Tourism Malaysia, Ahmad Johanif Mohd Ali berpejabat di ibu kota ini, kedua-dua persatuan memberitahu beliau bahawa iklan itu akan disiarkan setiap hari antara 20 Sept dan 30 Sept.

Selain mesej, iklan berkenaan juga memaparkan gambar Najib.

Terdapat lapan slot iklan seperti itu bagi setiap jam dengan setiap slot selama 30 saat, kata Ahmad Johanif yang juga Naib Presiden, Tourism Malaysia bagi Timur USA, Caribbean, Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay.

“Mereka memaparkan iklan itu kerana mereka tahu perdana menteri berada di bandar raya ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu,” katanya.

Times Square merupakan titik utama persimpangan komersial di simpang Broadway dan Seventh Avenue antara West 42nd Street dan West 47th Street.

Tempat ini merupakan satu daripada tempat tarikan yang paling banyak dikunjungi pelancong hingga hampir 40 juta pelawat setahun dengan anggaran 330,000 orang melintasi dataran ini setiap hari. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd