• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Siasat Penganjuran Parti Seksi Di Pulau Peranginan

oleh AK-47
22/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Terengganu Siasat Penganjuran Parti Seksi Di Pulau Peranginan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tular gambar dan video parti liar didakwa berlangsung di sebuah pusat peranginan Pulau Lang Tengah, kerajaan Terengganu hari ini menegaskan mereka akan melakukan siasatan lanjut.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Razali Idris berkata pihaknya akan memanggil pemilik resort persendirian berkenaan esok bagi memberi penjelasan.

Menurutnya kerajaan negeri mahu meneliti jawapan daripada pihak premis swasta itu terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang tindakan wajar yang perlu diambil.

“Kerajaan negeri akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu, jika ada kesalahan dari segi peraturan atau apa-apa akta kita akan bertindak.

“Sama ada salah dari segi garis panduan hiburan, pelancongan atau kelulusan permit, itu kami akan teliti,” katanya ketika dihubungi seperti dilaporkan Urus Setia Penerangan Darul Iman.

Terdahulu tular sekeping poster penganjuran acara itu disusuli gambar dan video yang didakwa dipetik dari parti itu.

Ia antara lain memaparkan sekumpulan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini di tepi pantai dan turut diisi dengan nyanyian serta tarian.

Ia sekali gus menimbulkan kecaman dan kritikan netizen terhadap kerajaan Terengganu.

Mengulas lanjut, Razali turut menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat tentang isu tersebut kepada pihak berkuasa.

“Jika bukti ia menyalahi peraturan atau ada orang beragama Islam terlibat dalam parti itu, boleh salurkan kepada pejabat agama untuk siasatan lanjut.

“Insya-Allah kita pakat jaga dan majukan sektor pelancongan negeri kita,” katanya yang juga Ketua Penerangan Bersatu.

-Malaysia Kini

Tags: Parti SeksiPulau PeranginansiasatTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd