• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Tawar Khidmat Wifi Dalam Pesawat

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Malindo Air menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia menawarkan jaringan komunikasi dalam pesawat menerusi perkhidmatan terbaharunya, Malindo WiFi dan Malindo Mobile, yang dilancarkan hari ini.

Perkhidmatan dalam pesawat Boeing 737-900ER syarikat penerbangan hibrid berkenaan, membolehkan penumpang melayari kemudahan seperti laman web, emel, mengemas kini akaun media sosial masing-masing, menghantar pesanan teks serta menerima panggilan telefon.

“Pesawat dilengkapi kemudahan WiFi itu mendatangkan lebih daripada sekadar faedah operasi dan kami sememangnya berharap dapat menaik taraf sistem pengesanan lokasi kepada sistem pengesanan masa sebenar pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran perkhidmatan itu beserta majalah dalam pesawat MalindoMag yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di klia2, di sini, hari ini.

Menurutnya, perkhidmatan Malindo WiFi dan Malindo Mobile bagi penerbangan kerap seperti Kota Kinabalu, Delhi dan Mumbai, dijangka dapat diperluaskan kepada pesawat lain menjelang akhir tahun ini.

Penggunaan perkhidmatan itu bagi tempoh sejam hingga 12 jam dan ditawarkan pada harga US$6.95 hingga US$21.95, boleh dibeli dalam penerbangan.

Sementara itu, Liow yang maklum kepentingan akses internet bukan lagi sekadar lambang kemewahan, turut menggesa penggiat penerbangan komersial untuk terus meningkatkan perkhidmatan dalam penerbangan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd