• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSI Tidak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan Dong Zhong

oleh Mohd Arshad
17/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
UPSI Tidak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan Dong Zhong
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan kerjasama dengan Persatuan Dong Zhong.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sebaliknya, universiti berkenaan hanya bekerjasama dengan New Era University College yang akan menghantar guru dalam perkhidmatan untuk program Diploma Pendidikan.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Komunikasi Korporatnya berkata, setiap calon guru berkenaan perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

“Objektif program ini adalah untuk peningkatan profesional perguruan dalam kalangan guru.

“Pelaksanaan Diploma Pendidikan ini secara mod cuti sekolah, menggunakan Bahasa Kebangsaan, dilaksanakan di kampus UPSI dan secara atas talian.

“Manakala penempatan graduan yang menerima Diploma Pendidikan dari UPSI adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi pendidikan di Malaysia,” katanya.

Kenyataan berkenaan merujuk kepada pendedahan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat) Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengenai kerjasama universiti itu yang dikatakan membuka peluang kepada pihak tidak sepatutnya belajar di UPSI.

“Kemasukan ke Diploma Pendidikan ini turut ditawarkan kepada semua warga negara Malaysia yang berkelayakan.

“Kenyataan dalam video tersebut dilihat sebagai cubaan memainkan isu 3R yang boleh mengganggu sensitiviti kaum di Malaysia,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Dong ZhongUPSI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

12/11/2025
0

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD di UPSI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd