• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Babi Hutan Rempuh Masuk Restoran

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) semalam mengesahkan proses sertu yang dilaksanakan pekerja sebuah restoran yang dimasuki babi hutan dilakukan dengan sempurna dan meyakinkan.

Proses sertu yang bermula jam 10.30 pagi itu dipantau pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan.

Ketua Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan gambar babi hutan yang berlumuran darah itu menjadi viral di media sosial.

Justeru, katanya, Jaip meminta pemilik restoran berkenaan melakukan pembersihan mengikut syarak bagi mengelakkan kekeliruan dan keyakinan kepada pelanggan.

“Kawasan yang disertu adalah kawasan yang dikenal pasti dilalui oleh babi hutan itu termasuk ruang makannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Orang awam yang berada di tempat kejadian itu dikatakan hilang keyakinan untuk menikmati makanan selepas menyaksikan keadaan babi hutan meluru masuk ke restoran.

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua proses mengikut syarat yang ditetapkan dan hasil pemerhatian mendapati proses terbabit mengikut syariat.

Noridzuan juga mengulas mengenai borang pemantauan pensijilan Halal Malaysia yang turut menjadi viral di media sosial kerana restoran berkenaan ditanda sebagai bukan pemegang sijil pengurusan halal Malaysia.

Katanya, isu berkenaan tidak sepatutnya timbul kerana penyediaan makanan bukan dilakukan di restoran itu tetapi di dapur sebuah restoran lain di bandar itu.

Menurutnya, restoran itu hanya menerima masakan yang sudah sedia untuk dihidang.

“Dapur restoran itu mempunyai sijil halal yang disahkan dan Jaip sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan pemilik mematuhi arahan bagi mengekalkan sijil halal itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, pelanggan dan pekerja restoran berdekatan Jalan Tun Ismail dekat sini digemparkan dengan seekor babi hutan dalam keadaan berlumuran darah tiba-tiba memasuki premis itu.

Pemilik premis kemudiannya bertindak menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan binatang itu berjaya ditangkap tanpa mencederakan orang awam yang berada di kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata, babi hutan itu mungkin tersesat dari belukar atau hutan berhampiran.

Katanya, hasil usaha bersama anggota JPAM, kakitangannya berjaya menangkap binatang itu yang bertindak agresif untuk dilupuskan kerana mengalami kecederaan.

“Kita terpaksa melupuskan haiwan liar itu berikutan mengalami kecederaan dan kemungkinan babi hutan berkenaan tersesat seterusnya memasuki kawasan bandar ini serta merayau tanpa arah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. – Sinar Harian Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=5UOV7E-j2Rk

Tags: babirestoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd