• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Tangguh Perbicaraan Dokumen Sulit Trump

oleh AK-47
08/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hakim Tangguh Perbicaraan Dokumen Sulit Trump
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Perbicaraan hari pertama kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menghadapi pertuduhan menyimpan dokumen sulit kerajaan telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tarikh perbicaraan yang sebelum ini dijadualkan bermula pada 20 Mei telah dibatalkan, kata hakim yang mengendalikan kes itu, Aileen Cannon, dalam satu surat pada Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa isu undang-undang yang belum diselesaikan menjadi punca penangguhan berkenaan.

Oleh itu, perbicaraan berkemungkinan tidak akan bermula sebelum pilihan raya presiden AS pada November.

Keputusan itu merupakan kejayaan bagi calon Republikan berkenaan, kerana beliau cuba melambatkan permulaan perbicaraan sebanyak mungkin. Trump, 77, berharap untuk kembali ke Rumah Putih selepas pilihan raya presiden.

Trump kini juga sedang dalam perbicaraan di mahkamah New York berhubung kes wang sogok kepada seorang pelakon lucah, namun ini bukan satu-satunya masalah undang-undang Trump.

Tahun lalu, Trump didakwa dengan tuduhan persekutuan berkaitan kes dokumen tersebut.

Beliau dituduh menyimpan maklumat sensitif dari tempoh pemerintahannya antara 2017 dan 2021 secara tidak sah.

Pada Ogos 2022, FBI telah menyerbu kediaman Trump di Florida dan merampas beberapa set dokumen yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit. Trump juga dituduh bersubahat untuk menghalang siasatan.

Beliau didakwa menggunakan rakan sekutu untuk memadamkan rakaman dari kamera pengawasan dan mengalihkan kotak dokumen.

Trump mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dikemukakan di Miami tahun lepas. Peguamnya masih cuba menggagalkan perbicaraan itu dengan menegaskan kekebalan Trump sebagai presiden. Mereka berhujah bahawa penyimpanan dokumen itu sebagai rekod peribadi adalah tindakan rasmi presiden.

-Sinar Harian

Tags: Hakimperbicaraan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia...

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd