• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAP Sokong Larangan Merokok Di Semua Premis Makanan

oleh Ahmad Albab
03/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong penuh langkah Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan aktiviti merokok di semua tempat makan.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, langkah itu selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengawal kegiatan merokok di tempat awam.

“Paling penting ia boleh menyelamatkan banyak nyawa. Pada hakikatnya di India banyak negeri telah mengharamkan merokok di semua tempat awam dan statistik menunjukkan pengurangan yang besar dalam merokok. Baru-baru ini Beijing juga melarang merokok di tempat awam.

“Menurut statistik Kementerian Kesihatan, adalah dianggarkan 100,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit berkaitan merokok setiap tahun. Adalah penting untuk diingatkan bahawa ancaman kematian yang dihadapi akibat merokok bukan hanya kepada perokok itu sendiri tetapi juga kepada orang lain yang terdedah kepada asap rokok,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed berkata, asap rokok basi mengundang risiko kanser paru-paru, penyakit jantung, strok dan kematian dan kajian pada 2011 mendedahkan tujuh daripada 10 orang dewasa Malaysia terdedah kepada asap rokok basi ketika mengunjungi restoran.

Justeru, beliau menyelar pemilik kedai kopi dan restoran yang lebih bimbang keuntungan mereka akan terjejas sedangkan
pengharaman tersebut akan membuatkan perniagaan semakin baik.

“Ini merupakan sumbangan utama dalam melindungi kesihatan awam kerana ia bukan hanya melindungi bukan perokok daripada terdedah kepada asap rokok basi tetapi ia juga dapat membantu perokok berhenti daripada tabiat merokok,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan peraturan larangan merokok akan diperluaskan di semua kedai makan dan restoran seluruh negara oleh kerajaan walaupun ia merupakan premis terbuka dan tidak berhawa dingin. – mynewsshub.cc

 

Tags: CAPmakanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

12/06/2023
0

PUTRAJAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan keputusan kerajaan yang merujuk semula Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd