• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter TLDM Jalani Tiga Kali Raptai Sebelum Insiden – Khaled

oleh Mohd Arshad
23/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Boleh Pilih 3 Syarikat Minyak Dalam MySubsidi Diesel – Armizan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.

Menurutnya, pihak TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian yang melibatkan helikopter TLDM itu.

“Saya berharap orang ramai tidak tularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti dan menghormati keluarga mangsa dan tidak mengganggu proses siasatan,” katanya kepada media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan di Kem Kementah di sini pada Selasa.

Beliau berkata, ada antara identiti mangsa terlibat sudah dikenal pasti yang berusia bawah 40 tahun dan mayat dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut untuk proses selanjutnya.

Mohamed Khaled berkata, tiada mangsa raptai lain terlibat dalam insiden berkenaan kerana helikopter itu terhempas di kawasan kolam renang dan padang stadium yang kosong.

Beliau berkata, ketika ini, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kejadian dan pihaknya akan membawa mereka yang berada di Pangkalan TUDM di Kota Kinabalu untuk dibawa ke Lumut bagi proses selanjutnya.

“Bagi pihak Kementerian Pertahanan (Mindef) dan saya sendiri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dengan perasaan dukacita kejadian ini berlaku semasa latihan raptai untuk persiapan acara berkenaan,” katanya yang akan ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan dan mendapatkan laporan penuh berhubung insiden terbabit.

TLDM hari ini mengesahkan 10 anggotanya meninggal dunia dalam kejadian pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

SinarHarian-

Tags: helikopterRaptaiterhempasTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

13/12/2025
0

SUBANG JAYA, 13 Disember — Sebuah lori treler panjang yang membawa muatan helikopter telah mencetuskan kesesakan lalu lintas serius selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd