• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sharifah Faraha, Abdul Azim Didakwa Kes Senjata Api Berkait Warga Israel

oleh Mohd Arshad
08/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Logo Kasut Mirip Kalimah ALLAH: Enam Kedai Kasut Jenama Vern’s Di Kelantan Diperiksa
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG: Seorang wanita yang disyaki membeli senjata api di Thailand untuk dijual kepada seorang lelaki warga Israel, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenis LUGER dengan menyalahi undang-undang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Suaminya pula didakwa atas pertuduhan ada bersama wanita itu, yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia mengetahui isterinya memiliki pistol berkenaan.

Pasangan terbabit, Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd Yasin, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Mengikut kertas pertuduhan, Sharifah Faraha didakwa telah didapati dalam milikannya senjata api dengan menyalahi undang-undang, iaitu sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER, NO.SIRI : A216210.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Bukit Belimbing dalam Daerah Kuala Selangor, Selangor, pada jam 8 malam 29 Mac lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, iaitu hukuman penjara maksimum 14 tahun jika sabit kesalahan.

Abdul Azim pula didakwa didapati ada bersama Syarifah Faraha, yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa lelaki itu mengetahui bahawa isterinya itu memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang, pada waktu dan lokasi sama.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Berat, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Fazeedah Faik, manakala pasangan suami isteri itu tiada diwakili peguam.

Pada prosiding itu, pasangan terbabit tidak ditawarkan jaminan oleh pihak pendakwaan kerana kesalahan bawah akta berkenaan tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Jun depan bagi tarikh sebutan.

Media sebelum ini melaporkan lelaki warga Israel, Shalom Avitan, 38, yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis, ditahan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger berserta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Hasil siasatan awal oleh pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Khas (SB), mendapati Shalom yang memasuki negara ini pada 12 Mac lalu melalui penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis, didakwa merancang untuk membunuh ketua kepada satu keluarga kumpulan penjenayah yang berseteru dengan keluarganya.

Susulan soal siasat ke atas Shalom, polis dilaporkan memberkas pasangan suami isteri terbabit di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac lalu, yang disyaki menjual enam senjata api kepada Shalom, selain membawa kepada penemuan sepucuk lagi pistol di dalam beg sandang di dalam kereta milik pasangan terbabit.

Pasukan khas polis dari JSJ Bukit Aman, Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kemudian menahan 12 lagi individu melalui beberapa siri serbuan di Johor, Kelantan serta Lembah Klang.

Kesemua mereka disiasat kerana disyaki terbabit pengedaran senjata api yang dirampas itu, aktiviti pembayaran wang kripto untuk urusan pembelian senjata, dan kesalahan-kesalahan berkaitan.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata Shalom dijangka dituduh pada minggu depan selepas sambutan Aidilfitri.

BHonline-

Tags: Abdul Azimkes senjata apiSharifah FarahaWarga Israel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Israel Mohon Gantung Bicara Kes Senjata Api

Lelaki Israel Mohon Gantung Bicara Kes Senjata Api

15/01/2025
0

KUALA LUMPUR – Permohonan lelaki warga Israel, Avitan Shalom untuk menggantung perbicaraan dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan...

Bicara Warga Israel Dagang Senjata, Miliki Peluru Bermula 30 Sept

Bicara Warga Israel Dagang Senjata, Miliki Peluru Bermula 30 Sept

21/05/2024
0

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan sembilan hari untuk mendengar kes terhadap warga Israel Avitan Shalom atas tuduhan memperdagang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd