• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Mengaku Tak Bersalah Beri Suapan Kepada Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap satu pertuduhan menawarkan rasuah kepada seorang koperal polis melibatkan wang tunai RM3,000 tahun lepas.

Tertuduh, Tan Hooi Sim, 44, didakwa menawarkan suapan wang tunai RM3,000 kepada anggota polis itu di tandas stesen minyak Shell, Kota Sarang Semut dekat sini pada 9.30 pagi, 25 Nov 2013.

Suapan itu sebagai dorongan agar anggota polis berkenaan tidak mengambil tindakan terhadap tertuduh kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki kereta curi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syahrul Khuzaimi Amiruddin menawarkan jaminan RM6,000 dan Tan yang sudah bercerai, memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan memandangkan dia mempunyai tanggungan dua anak yang masih bersekolah dan ibu berusia lebih 70 tahun.

Hakim Azhar Mokhtar membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Okt ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd