• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS$30 Juta Lesap, Rompakan Wang Tunai Terbesar Di Los Angeles

oleh Mohd Arshad
05/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
AS$30 Juta Lesap, Rompakan Wang Tunai Terbesar Di Los Angeles
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Polis dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat kecurian sebanyak AS$30 juta dari kemudahan penyimpanan wang di Los Angeles, bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat, lapor media tempatan pada Khamis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Xinhua memetik sumber penguatkuasaan undang-undang yang memaklumkan kepada stesen televisyen KABC tempatan bahawa kecurian itu berlaku di sebuah fasiliti GardaWorld di Sylmar, sebuah kawasan pinggir bandar di Lembah San Fernando, pada Ahad.

Pencuri memecah masuk ke kemudahan itu tanpa dikesan – tanpa mematikan penggera – akses melalui bumbung dan berjaya masuk ke kawasan penyimpanan wang, yang mungkin merupakan bilik kebal, menurut laporan itu, memetik pegawai yang diberi taklimat mengenai siasatan.

Syarikat yang memiliki bangunan itu tidak menyedari kecurian besar-besaran itu sehingga pagi Isnin.

Sumber penguatkuasaan undang-undang dipetik sebagai berkata oleh akhbar tempatan utama, Los Angeles Times bahawa kes pecah masuk itu adalah antara kecurian terbesar dalam sejarah bandar Los Angeles berkaitan wang tunai dan jumlahnya melepasi mana-mana rompakan kenderaan perisai di bandar itu.

Kecurian itu berlaku pada malam Ahad di pusat kemudahan yang mengendalikan dan menyimpan wang tunai perniagaan dari seluruh wilayah itu, menurut laporan berkenaan sambil menambah bahawa pecah masuk itu digambarkan sebagai rumit dan mengesyaki kru pencuri berpengalaman yang tahu bagaimana untuk mendapatkan akses ke kemudahan berkenaan dengan selamat tanpa disedari.

Rompakan tunai terbesar sebelum ini di Los Angeles adalah pada 12 September 1997 sebanyak AS$18.9 juta dari bekas tapak kemudahan berperisai di bandar itu, menurut laporan akhbar berkenaan.

Bernama-

Tags: Amerika SyarikatLos Angelesrompakang wang tunai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd