• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipenjara 6 Bulan, Denda RM12,000 Kerana Perolok Isu Stoking Kalimah Allah

oleh Mohd Arshad
22/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Dipenjara 6 Bulan, Denda RM12,000 Kerana Perolok Isu Stoking Kalimah Allah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘ keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ yang ditulis menghina agama Islam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Dalam rayuannya, lelaki itu memohon supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja.

“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘ keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

“Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” rayunya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

“Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka itu.

Dia membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

Lelaki itu mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan isu itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri.

-Berita Harian

Tags: Isu Stoking Kalimah 'Allah'
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda Kekal Dipenjara Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Next Post

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

Related Posts

Mahkamah Batal Hukuman Pada Juruteknik Didakwa Perolok Kalimah Allah

Mahkamah Batal Hukuman Pada Juruteknik Didakwa Perolok Kalimah Allah

18/04/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan sabitan dan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik aplikasi sosial yang...

Agong Terima Mengadap Pengasas KK Mart, Ingatkan Jangan Ada Cuba Hasut Rakyat

Agong Terima Mengadap Pengasas KK Mart, Ingatkan Jangan Ada Cuba Hasut Rakyat

03/04/2024
1

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Chai...

Next Post
Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera 'Amaran Terakhir'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd